Isnin, 14 Mac 2011

10 TIPS FOR USING DIGITAL CAMERA


10 TIPS FOR USING DIGITAL CAMERA
1KNOW YOUR PRESETS
Don’t leave the choice of white
balance down to the camera – get
into the habit of doing it yourself.

2GET CREATIVE
Boost sunsets by choosing a
‘Cloudy’ WB setting. Cool a
daylight shot with a ‘Tungsten’ one.

3CONSIDER THE CONTRAST
Create bold images by only
including two colours that are
opposite each other on the colour wheel.
4THINK ABOUT THE SIZE
Two complementary colours of
equal size in the frame can lead to
disappointing images.

5SATURATE IN-CAMERA
If you shoot JPEG, increase the
colour saturation in-camera rather
than in an image-editor.

6SHOOT RAW
If your camera allows it and you’ve
got time to edit your images, it’ll
lead to less image degradation.

7BUY A POLARISER
They’re expensive but worth it,
reducing glare and increasing
saturation as a result.

8KEEP WARM
Don’t sell your warm-up fi lters –
they can produce a more natural
result than a Photoshop treatment.

9QUIETEN DOWN
To create a restful mood, fi ll your
frame with colours which are next
to each other on the colour wheel.

10GO MONO LATER
Always shoot in colour – you
can always convert an image
to black and white on your computer

TIPS HOW TO MAKE SIMPLE ACTION RESEARCH


How to make simple action

*Identify a classroom-related question that you would like to research. Good questions may include "Are my students more engaged when they work individually or when they work in groups?" or "Does computer research help students to understand the material better?"

*Examine any research applicable to your question. For example, you may look into studies about the impact of technology on learning. ERIC (Educational Resources Information Center) is a good source of research materials on educational topics.

*Choose an experimental design that would work most effectively in answering your research question. For example, you may teach Chapter 1 using one particular method, teach Chapter 2 using another method, and then examine how the grades from the two chapters differed. This is not a controlled experiment, and you will not be able to prove anything distinct, but it will give you an idea of an answer.

*Collect the data that you need to help answer your research question, such as student grades, results of a survey or your own anecdotal notes about your classroom. Make sure to take notes on everything that you see or hear that relates to your question.

*Analyze the data you have collected to come to a conclusion. You can make a graph or table of test scores, categorize various anecdotes or make an annotated time line during the analysis process.

*Implement a strategy based on your results. If you discovered that the strategy you were already using was helpful, the new strategy would simply build on what you were already doing. If you found, however, that an alternative way of teaching was more effective, you could brainstorm various ways to put that method of teaching into practice.

Selasa, 3 November 2009

DOA SEMBAHYANG [TERJEMAHAN KE DALAM BAHASA MELAYU]

Tujuan:- agar kita lebih memahami dan mendalami doa kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ahad, 8 Februari 2009

DOA AGAR MENDAPAT ANAK YANG DIPELIHARA

Allah berfirman:...Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-‘Imran: 36)
Keterangan ayat:

Hinnah Faquza, isteri Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya. Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah jika mendapat anak lelaki akan disuruh memberi khidmat kepada Baitulmaqdis.
Allah memakbulkan doanya tetapi dikurniakan anak perempuan. Lazimnya, tanggapan umum kepada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk menjaga rumah suci itu.
Walaupun begitu, bayi ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri. Tambahan pula ia adalah bayi perempuan yang sempurna dan cantik. Nama yang diilhamkan oleh Allah untuk diberikan ialah Mariam yang bermakna kuat ibadat dan khidmatnya untuk Allah.
Ia juga dinamakan dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.
Munajatnya kepada Allah ialah ayat di atas,...memohon kasih-Nya agar dijaga Mariam dan keturunannya daripada syaitan yang dilaknat.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah bersabda, “setiap anak yang dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa yang dibacakan oleh ibunya itu”.


Khasiat dan kaifiat beramal:
Amalkanlah membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36 surah ali-‘Imran)

PETUA KEBAHAGIAAN

Untuk lari daripada stress selepas kerja sila cuba petua yang disediakan berikut:-

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal
suami. Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.

Bahagian 1
1.Sentiasa berdoa agar disayangi.
2.Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4.Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5.Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6.Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7.Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8.Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9.Beri pujian mengenai penampilan isteri --rambut, wajah, pakaian dll.
10.Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11.Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13.Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14.Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" 15.dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
16.Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian
untuk berfikir.
17.Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
18.Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
19.Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
20.Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
21.Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2
1.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin
memberitahu "I love you".

Selamat mencuba dan semoga maju jaya.

Jumaat, 6 Februari 2009

Peranan Guru Besar dalam Perkembangan Staf

Pentadbiran pendidikan adalah suatu proses untuk menyelaras berbagai-bagai anggota dalam organisasi bagi memenuhi matlamat dan objektif yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pentadbiran pendidikan juga adalah proses sosial yang melibatkan manusia dan material serta memerlukan usaha-usaha mengenal pasti, menyelenggara, merancang, mengawal dan menyatukan secara formal dan tidak formal. Pada asasnya pentadbiran pendidikan adalah usaha yang dijalankan oleh organisasi pendidikan dengan menggunakan kedua-dua konsep pengurusan dan pentadbiran.
Pihak berkuasa yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan negara ialah Kementerian Pendidikan . Di daerah masing-masing ditadbirkan oleh Jabatan sekolah-sekolah (JSS) yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah (PPKD). Sementara institusi-institusi yang berhubung terus dengan pelajar dan tenaga pengajar ialah pusat-pusat pengajian seperti sekolah, universiti, maktab, kolej dan sebagainya, sama ada ditadbirkan oleh kerajaan atau swasta. Institusi-institusi ini merupakan sebuah organisasi yang berautoriti bagi menjalankan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dan memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat, objektif serta wawasan negara.

Peranan Guru Besar
Dalam organisasi sekolah kedudukan Guru Besar adalah yang paling penting. Oleh itu beliau mempunyai kuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan mereka amat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah dan kecekapan pentadbiran.
Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan dan tugas Guru Besar dalam mengendalikan sekolah masing-masing. Hasil daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah efektif ini, pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah.
Walau bagaimanapun Guru Besar atau Pemipin sekolah bukan sahaja memerlukan kedua-dua peranan di atas malahan lebih daripada itu. Sebagai seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi pengurusan seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal, terutama sumber manusia, kurikulum, ko kurikulum, perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'.

Perkembangan staf

Definisi
Mengikut Kamus Dewan (1996): perkembangan dimaksudkan perihal atau proses menjadikan maju atau tersebar, membiak atau meluas. Tetapi mengikut penyelidikan Richard, Matthew dan Robert (1992) dalam buku "Personel Administration", konsep perkembangan staf banyak dikaitkan dengan perkembangan personel, latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek "perkembangan personel", beliau mengaitkannya dengan perkembangan individu, kumpulan dan kemajuan dalam sistem pengurusan. Manakala latihan pula dikaitkan dengan keperluan kemahiran kakitangan. Kursus dalam perkhidmatan adalah satu bentuk latihan semasa bekerja bagi meningkatkan kecekapan pekerja.
Zaidatul Akhmaliah Lope Pihie (1989) pula menyatakan bahawa perkembangan staf merupakan aspek penting terutama peranan pemimpin terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan.
Bagi pengertian staf pula, Kamus Dewan (1996), mentakrifkan staf sebagai kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama iaitu di bawah ketua yang sama atau kakitangan. Manakala James A. F. Stoner Charles Wankel (1989), menyatakan bahawa staf merupakan Individu atau kumpulan yang menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain
Berdasarkan kepada definisi yang diberikan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan staf meliputi semua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan profesionalisma seseorang guru sama ada dalam bidang pengajaran mahupun dalam bidang pentadbiran. Oleh sebab itu, konsep perkembangan staf secara umumnya bertujuan membolehkan semua pekerja dalam organisasi seperti sekolah memperbaiki atau menambah pengetahuan dalam bidang akademik serta tahap profesionalnya.

Objektif Perkembangan Staf
Secara ringkas, objektif perkembangan staf dapat disenaraikan sebagaimana berikut:

1. Berusaha ke arah peningkatan profesionalisma yang dimajukan melalui program yang
dirancang secara langsung baik dalam bidang Pengajaran & Pembelajaran atau bidang pentadbiran.
2. Menjalankan program kursus jangka pendek atau jangka panjang yang bercorak penyebaran, pengayaan dan perkongsian pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk melengkapkan kebolehan dan keupayaan mengendalikan sebarang aktiviti serta memenuhi tuntutan pendidikan.
3. Dapat menjayakan beberapa kursus jangka pendek dan jangka panjang secara profesional dan sistematik secara berterusan yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu melalui penglibatan tenaga pakar dalam bidang yang telah diceburi..
4. Setiap kakitangan yang terlibat dapat mengemaskinikan pengetahuan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak semasa. Langkah ini menjadi pendorong kepada guru-guru dan kakitangan lain untuk mendapatkan maklumat atau kaedah terbaru dalam bidang pendidikan.

Merangka Program
Sebelum seseorang pemimpin sekolah mengadakan program perkembangan staf terutama di peringkat dalaman, beliau perlu membuat perancangan dan kajian terperinci supaya objektif dan tujuan program dapat dimanfaatkan kepada organisasi dan individu yang terlibat. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Tujuan dan matlamat diadakan kursus.
Kursus yang bakal diadakan itu hendaklah disesuaikan seperti mana diterangkan secara terperinci dalam bahagian prinsip-prinsip perkembangan staf.
2. Kumpulan sasaran atau keperluan staf.
Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum terhadap objektif dan tujuan kursus, kumpulan yang dipilih biarlah tepat mengikut bidang keperluan mereka. Pengetua boleh mendapat maklumat keperluan staf melalui soal selidik atau tinjauan ringkas. Ini termasuklah keperluan berdasarkan kepada bilangan murid dan kelas.
3. Peruntukan kewangan / perbelanjaan.
Pihak pengurusan sekolah boleh menghadapkankan peruntukan ke Jabatan Sekolah-Sekolah seawal mungkin . Jika tidak diperoleh, Guru Besar boleh menghubungi mana-mana pihak atau swasta yang boleh menaja kursus secara percuma atau membiayai penceramah mereka semasa kursus dijalankan.
4. Sumber maklumat berkaitan kursus.
Hal ini termasuklah bidang-bidang yang diperlukan, tenaga pengajar, dan pengurusan kursus. Maklumat mengenai latar belakang kursus . Ini termasuklah bidang kursus, tarikh kursus, tempat, bayaran kursus dan lain-lain yang berkaitan. Pada biasanya mana-mana sekolah yang ingin mengadakan kursus perkembangan staf sama ada melalui kemasukan secara individu atau melalui perundingan dengan pihak institusi pengajian tingi seperti maktab perguruan atau universiti tempatan.
5. Kepakaran yang sedia ada di sekolah.
Guru Besar hendaklah peka terhadap kemampuan dan kepakaran kakitangan yang ada di sekolah mereka. Ada di antara guru-guru yang pakar dalam bidang tertentu. Kebolehan mereka boleh dikongsi bersama rakan-rakan sejawat yang lain. Guru Besarboleh menggunakan guru pakar ini untuk mengadakan kursus dalaman di peringkat sekolah ataupun menawarkan kursus kepada guru-guru dari sekolah lain yang berdekatan.
6. Perlaksanaan kursus.
Sekolah akan melantik jawatankuasa yang akan mengelolakan kursus, mengurus kelengkapan kursus, menguruskan aktiviti, merancang jadual, menguruskan tempat kursus dan penginapan serta mengendalikan peserta dan penceramah.
7. Pemantauan atau penyeliaan selepas kursus.
Semasa mengikuti kursus, Guru Besar atau Penolong Guru Besar hendaklah membuat pemantauan agar berlaku anjakan pradigma dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Pemantauan dan penilaian sangat perlu bagi mengukur sejauh mana pencapaian yang telah diperoleh. Mereka juga hendaklah membuat cadangan kepada mana-mana kaki tangannya yang berpotensi bagi tujuan untuk peningkatan diri khasnya dalam profesyen keguruan.

Prinsip-prinsip Membuat Perancangan Perkembangan Staf
Semasa membuat perancangan program Guru Besar hendaklah mengikut garis panduan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
a. Kursus yang akan dijalankan boleh diadakan secara dalaman atau luaran berdasarkan kepada peruntukan kewangan atau keperluan staf. Jika peruntukan membenarkan, beliau boleh mengadakan kursus di luar dari waktu persekolahan misalnya pada hujung minggu. Usaha ini mungkin dapat mengelakkan rasa bosan di samping dapat meningkatkan motivasi kakitangan.
b. Program yang dirancang hendaklah bermatlamatkan kepentingan organisasi, bukan untuk memenuhi matlamat individu tertentu sahaja. Contohnya peningkatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat atau penggunaan komputer, di mana berkehendakkan semua kakitangan sekolah mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
c.Guru Besar hendaklah merancang program perkembangan staf berdasarkan kepada keperluan semasa atau masa depan. Beliau boleh mendapat maklumat untuk memenuhi keperluan kakitangan dengan menggunakan kaedah soal selidik terutama tenaga pakar dalam beberapa bidang yang agak kritikal seperti sains dan teknikal.
d.Program yang hendak dijalankan juga mestilah selaras dengan keperluan sekolah dan keperluan semasa. Contohnya, kursus tentang kaedah pembelajaran MCT sebaik-baiknyanya diketahui oleh semua guru sebelum dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kurikulum di sesebuah sekolah.
e.Guru-guru lama memerlukan kerjasama dan motivasi yang tinggi. Oleh itu Guru Besar hendaklah merancang agar aktiviti yang dirancang disesuaikan dengan bidang yang diceburi oleh mereka dan tahap pemikiran mereka. Guru-guru sebegini memerlukan motivasi yang tinggi agar anjakan pradigma mereka dapat diterima.
f.Sebaliknya guru-guru yang lebih bermotivasi selepas menjalani kursus perkembangan staf, mereka diharap dapat mengaplikasi ilmu yang diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kursus yang dipilih hendaklah mencabar dan praktikal untuk kerjaya mereka.
g.Bidang-bidang yang dipilih hendaklah berkaitan dengan pedagogi, penilaian, teknologi pendidikan, komputer dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
h.Peruntukan Kewangan. Guru Besar perlu memastikan setiap program yang akan dijalankan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Jika terdapat masalah, pengetua boleh membuat permohonan sumber kewangan dari Jabatan Sekolah-Sekolah daerah atau tajaan swasta atau sumbangan dari komuniti.


Bidang Kursus
Bidang kursus yang dianjurkan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

Pelbagai sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Kepimpinan berkesan dalam pengurusan dan pentadbiran bilik darjah dan sekolah
Penggunaan teknologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Kemahiran menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pelbagai kaedah dalam melaksanakan aktiviti ko kurikulum secara berkesan di sekolah
Program separa ikhtisas yang dapat meningkatkan pengurusan, motivasi dalam pengajaran, pembelajaran serta kerjaya
Program kemahiran dan teknikal bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan.


Penilaian Perkembangan Staf
Setelah sesuatu program perkembangan staf dilaksanakan, sudah pasti aspek-aspek tingkah laku, budi bahasa dan sumbangan individu turut diambil kira. Dalam pendidikan, penilaian adalah bercorak formal dan sistematik iaitu yang mengandungi proses, peraturan dan objektif tertentu. Guru Besar menilai berdasarkan tugasnya menerusi tiga peringkat termasuk mengecam maklumat, mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat yang telah diperoleh. Dengan langkah ini pengetua dan staf yang terbabit dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran termasuk proses pentadbiran supaya kualiti pendidikan bertambah tinggi.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan, sama ada di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi, Guru Besar atau Pemimpin Sekolah perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam masa yang sama mereka adalah sebagai perancang yang berwibawa dan berkesan Selain dari itu, selaras dengan kehendak-kehendak perkembangan staf juga , peranan Guru Besar di sekolah-sekolah banyak tertumpu kepada aspek bagaimana memberi latihan kepada guru-guru bagi sesuatu jangka masa tertentu. Oleh yang demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber kewangan dan sebagainya. Dalam pada itu, peranan pihak berkenaan seperti yang disebutkan di atas juga amat penting kepada semua guru atau staf bagi mengemas kini dan menambah pengetahuan. Di sini para pentadbir pendidikan atau bakal -bakal pemimipin sekolah mengikuti pelbagai kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini sesuai dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Satu perkara yang perlu ditegaskan di sini ialah semangat kerja berpasukan harus diutamakan untuk mencapai objektif perkembangan staf. Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal atau tidak berkesan. pengiktirafan dan penghargaan kepada staf juga adalah penting dan dalam masa yang sama pentadbir perlu peka terhadap 'kekuatan’ (strenghts) yang ada bagi merancang dan meransang setiap program untuk memenuhi matlamat organisasi. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah
Oleh itu. pemahaman berkaitan perkembangan staf, perkembangan pendidikan dan perkembangan organisasi hendaklah dijelaskan kepada kumpulan sasaran seperti jawatankuasa PIGB, JAPSER, anggota organisasi dan sebagainya. Mengikut pendapat Werther dan Devis, kepuasan kerja (job safistication) juga ada perkaitan dalam usaha mengekalkan pekerja dalam sesebuah organisasi. Akhirnya, sebagaimana pendapat Lawler, prestasi yang baik dapat menimbulkan kepuasan yang tinggi di kalangan pekerja, dan secara tidak langsung memberi impak kepada kecemerlangan pendidikan.

Jumaat, 19 September 2008

Bengkel Pengajaran Bacaan

LAPORAN BENGEKL PENGAJARAN BACAAN BAGI GURU – GURU DARJAH SATU SEKOLAH – SEKOLAH RENDAH
DAERAH BELAIT

1. RASIONAL
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan kepada guru – guru Darjah 1 berhubung dengan memperbaiki cara pendekatan pengajaran bacaan.

2. OBJEKTIF
Peserta bengkel akan dapat:

a. Mengetahui cara – cara pelaksanaan bahan – bahan pengajaran untuk bacaan.
b. Mengikuti kehendak pendekatan pengajaran bacaan
c. Mengintergrasikan aspek – aspek pembelajaran yang lain .

3. PESERTA BENGKEL

Peserta bengkel terdiri daripada guru – guru darjah satu yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

4. TARIKH/ TEMPAT
Bengkel ini diadakan pada 11 Ogos dan 13 Ogos 2008 di Bilik Taklimat SR. Muhammad Alam Seria.

5. PENYAMPAI BENGKEL
Penyampai/ pemudcara taklimat terdiri daripada pegawai – pegawai- dari Unit Bahasa Melayu dan Kesusteraan Jabatan Perkembangan Kurikulum iaitu:
1. Cikgu Hjh. Mahl Binti Hj. Jumaat.
2. Cikgu Pg.Bakar Sani Bin Pg. Hj. Md. Yassin
3. Cikgu Hjh. Ardiah Binti Hj. Terasat.

Bengkel pengajaran Bacaan adalah anjuran bersama Jabatan Sekolah – Sekolah Rendah Daerah Belait dan Unit Bahasa Melayu dan Kesusteraan Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Seramai 22 orang guru telah mendaftar tetapi ada beberapa orang tidak dapat hadir disebabkan pada hari yang sama menghadiri juga kursus kaunseling.

Di hari pertama 11 Ogos 2008, taklimat telah disampaikan oleh pegawai – pegawai dari Jabatan Perkembangan Kurikulum yang menerangkan / menyentoh strategi pengajaran dan pembelajaran membaca yang merangkumi Pendekatan, Kaedah, Teknik dalam Power Point dan sesi soaljawab

Selepas taklimat , peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 terdiri daripada SR. PSJ, Pg. Abd. Momin, dan SR. Kuala Belait.
Kumpulan 11 terdiri daripada SR. Ahmad Tajuddin, SR. Muhammad Alam, SR. Panaga dan SR. Sg. Teraban.
Kumpulan 111 terdiri daripada SR. PSB. SOAS dan SR. PSN. Pg. Hj. Mohd Yusof.
Kumpulan IV terdiri daripada SR. Sg. Tali, SR. Bukit Sawat, SR. Lumut, SR. Merangking dan SR. DMS. Sukang.

Pada 13 Ogos 2008, Bengkel diteruskan dengan tayangan Pengajaran Bacaan melalui nyanyian dalam bentuk CD dan kongsisma pengajaran Bacaan daripada peserta bengkel.

Setelah selesai tunjukcara pengajaran bacaan melalui permainan bahasa ada beberapa teguran yang membina dan nasihat yang sangat berguna untuk dimanafaatkan oleh peserta bengkel. Antaranya :

A. Objektif pelajaran mestilah dirancang dengan baik dan jelas selaras dengan aktiviti yang dijalankan.
B. Guru mestilah merealasasikan kurikulum kedalam bilik darjah. Guru hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan jangan diadukkan dengan Bahasa Inggeris.
C. Nada suara hendaklah jelas.
D. Menggunakan dan memanipulasikan alatbantu mengajar merupakan cara yang terbaik untuk memotivasikan dan menggiatkan (activate) pemikiran dan mempercepatkan proses pemulihan dan penerimaan rangsangan pelajar, walaubagaimanapun. alatbantu yang digunakan mestilah jelas dan besar (bukan kecil untuk digunakan dalam bilik darjah yang ramai murid) Seperti carta ( putaran Jam).
E. Terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan 11 dan kumpulan 111 yang menggunakan ICT, tetapi pemilihan setiap aktiviti hendaklah dimantapkan terlebih dahulu, seperti penggunaan 2 sukukata terbuka atau tertutup .

Buku Api
Lembu Kambing
Bunga
F. Kebanyakkan kumpulan menggunakan kaedah Sukukata .




Jabatan sekolah – sekolah telah mengedarkan borang kajiselidik mengenai bengkel kepada peserta,

Pada keseluruhannya, guru – guru berpendapat bahawa bengkel ini amat baik diteruskan diawal tahun dan dilaratkan semua peringkat darjah iaitu dari PRA hingga darjah 6..
Dengan adanya bengkel ini peserta bengkel dapat berkongsi idea dalam pengajaran bacaan Dan akhrinya peserta bengkel mengcadangkan Pengajaran Bacaan dalam jawi diadakan. (Rujuk lampiran)


KESIMPULAN.

Alhamdullah bengkel Pengajaran Bacaan berjalan dengan lancar. Melalui bengkel ini guru – guru dapat mengetahui pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan disamping dapat memanafaatkan penggunaan bahan alat bantu mengajar . Adalah dihasratkan juga peserta bengkel dapat melaksanakan idea – idea dan pandangan diatas agar pengajaran bacaan berkesan dan terserlah.



Dicatat:

Pegawai Pelajaran/ PDP 2
Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Belait.
14 0gos 2008