Ahad, 8 Februari 2009

PETUA KEBAHAGIAAN

Untuk lari daripada stress selepas kerja sila cuba petua yang disediakan berikut:-

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal
suami. Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.

Bahagian 1
1.Sentiasa berdoa agar disayangi.
2.Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4.Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5.Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6.Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7.Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8.Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9.Beri pujian mengenai penampilan isteri --rambut, wajah, pakaian dll.
10.Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11.Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13.Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14.Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" 15.dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
16.Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian
untuk berfikir.
17.Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
18.Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
19.Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
20.Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
21.Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Bahagian 2
1.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin
memberitahu "I love you".

Selamat mencuba dan semoga maju jaya.