Jumaat, 19 September 2008

Bengkel Pengajaran Bacaan

LAPORAN BENGEKL PENGAJARAN BACAAN BAGI GURU – GURU DARJAH SATU SEKOLAH – SEKOLAH RENDAH
DAERAH BELAIT

1. RASIONAL
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan kepada guru – guru Darjah 1 berhubung dengan memperbaiki cara pendekatan pengajaran bacaan.

2. OBJEKTIF
Peserta bengkel akan dapat:

a. Mengetahui cara – cara pelaksanaan bahan – bahan pengajaran untuk bacaan.
b. Mengikuti kehendak pendekatan pengajaran bacaan
c. Mengintergrasikan aspek – aspek pembelajaran yang lain .

3. PESERTA BENGKEL

Peserta bengkel terdiri daripada guru – guru darjah satu yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

4. TARIKH/ TEMPAT
Bengkel ini diadakan pada 11 Ogos dan 13 Ogos 2008 di Bilik Taklimat SR. Muhammad Alam Seria.

5. PENYAMPAI BENGKEL
Penyampai/ pemudcara taklimat terdiri daripada pegawai – pegawai- dari Unit Bahasa Melayu dan Kesusteraan Jabatan Perkembangan Kurikulum iaitu:
1. Cikgu Hjh. Mahl Binti Hj. Jumaat.
2. Cikgu Pg.Bakar Sani Bin Pg. Hj. Md. Yassin
3. Cikgu Hjh. Ardiah Binti Hj. Terasat.

Bengkel pengajaran Bacaan adalah anjuran bersama Jabatan Sekolah – Sekolah Rendah Daerah Belait dan Unit Bahasa Melayu dan Kesusteraan Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Seramai 22 orang guru telah mendaftar tetapi ada beberapa orang tidak dapat hadir disebabkan pada hari yang sama menghadiri juga kursus kaunseling.

Di hari pertama 11 Ogos 2008, taklimat telah disampaikan oleh pegawai – pegawai dari Jabatan Perkembangan Kurikulum yang menerangkan / menyentoh strategi pengajaran dan pembelajaran membaca yang merangkumi Pendekatan, Kaedah, Teknik dalam Power Point dan sesi soaljawab

Selepas taklimat , peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 terdiri daripada SR. PSJ, Pg. Abd. Momin, dan SR. Kuala Belait.
Kumpulan 11 terdiri daripada SR. Ahmad Tajuddin, SR. Muhammad Alam, SR. Panaga dan SR. Sg. Teraban.
Kumpulan 111 terdiri daripada SR. PSB. SOAS dan SR. PSN. Pg. Hj. Mohd Yusof.
Kumpulan IV terdiri daripada SR. Sg. Tali, SR. Bukit Sawat, SR. Lumut, SR. Merangking dan SR. DMS. Sukang.

Pada 13 Ogos 2008, Bengkel diteruskan dengan tayangan Pengajaran Bacaan melalui nyanyian dalam bentuk CD dan kongsisma pengajaran Bacaan daripada peserta bengkel.

Setelah selesai tunjukcara pengajaran bacaan melalui permainan bahasa ada beberapa teguran yang membina dan nasihat yang sangat berguna untuk dimanafaatkan oleh peserta bengkel. Antaranya :

A. Objektif pelajaran mestilah dirancang dengan baik dan jelas selaras dengan aktiviti yang dijalankan.
B. Guru mestilah merealasasikan kurikulum kedalam bilik darjah. Guru hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan jangan diadukkan dengan Bahasa Inggeris.
C. Nada suara hendaklah jelas.
D. Menggunakan dan memanipulasikan alatbantu mengajar merupakan cara yang terbaik untuk memotivasikan dan menggiatkan (activate) pemikiran dan mempercepatkan proses pemulihan dan penerimaan rangsangan pelajar, walaubagaimanapun. alatbantu yang digunakan mestilah jelas dan besar (bukan kecil untuk digunakan dalam bilik darjah yang ramai murid) Seperti carta ( putaran Jam).
E. Terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan 11 dan kumpulan 111 yang menggunakan ICT, tetapi pemilihan setiap aktiviti hendaklah dimantapkan terlebih dahulu, seperti penggunaan 2 sukukata terbuka atau tertutup .

Buku Api
Lembu Kambing
Bunga
F. Kebanyakkan kumpulan menggunakan kaedah Sukukata .




Jabatan sekolah – sekolah telah mengedarkan borang kajiselidik mengenai bengkel kepada peserta,

Pada keseluruhannya, guru – guru berpendapat bahawa bengkel ini amat baik diteruskan diawal tahun dan dilaratkan semua peringkat darjah iaitu dari PRA hingga darjah 6..
Dengan adanya bengkel ini peserta bengkel dapat berkongsi idea dalam pengajaran bacaan Dan akhrinya peserta bengkel mengcadangkan Pengajaran Bacaan dalam jawi diadakan. (Rujuk lampiran)


KESIMPULAN.

Alhamdullah bengkel Pengajaran Bacaan berjalan dengan lancar. Melalui bengkel ini guru – guru dapat mengetahui pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan disamping dapat memanafaatkan penggunaan bahan alat bantu mengajar . Adalah dihasratkan juga peserta bengkel dapat melaksanakan idea – idea dan pandangan diatas agar pengajaran bacaan berkesan dan terserlah.



Dicatat:

Pegawai Pelajaran/ PDP 2
Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Belait.
14 0gos 2008