Jumaat, 19 September 2008

Kursus


LAPORAN BENGKEL PENGGUNAAN KAMUS BAGI KANAK-KANAK
PENDAHULUAN
Di atas insiatif Bahagian Professional Jabatan Sekolah-Sekolah,Belait dan usaha sama Dewan Bahasa dan Perpustakaan Belait,maka dengan itu sebuah bengkel yang bertajuk ‘Penggunaan Kamus Bagi Kanak-Kanak’ telah dapat dilaksanakan khususnya untuk guru-guru Sekolah Rendah di daerah ini. Bengkel yang seumpama ini adalah kali pertama diadakan di daerah Belait. Ia sebagai salah satu program mendokong hasrat SPN 21 dimana para pendidik sekurang-kurang nya mempunyai daya kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga membantu mereka untuk mempelbagaikan usaha demi menjadikan generasi Brunei khususnya murid-murid akan menjadi orang yang pemikir dan berilmu.
Tajuk Bengkel : PENGGUNAAN KAMUS BAGI KANAK-KANAK
Tarikh diadakan : 30hb Jun 2008
Tempat: Perpustakaan Kg.Pandan, Belait.
Keramaian: 30 orang guru rendah bawah(appendix 1)
Pembengkel : Dayang Hajah Norsenah binti Haji Mohd Nasir
Ketua Perkembangan, Penyelidikan dan Kesenian Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka,Brunei



TUJUAN
Diantara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk:-
· Memberi pendedahan kepada guru-guru cara atau teknik yang betul menggunakan kamus.
· Guru –guru mengaplikasikan dan berkongisama dapatan dari bengkel kepada kanak-kanak dibilik-bilik darjah .
· Membantu guru-guru agar dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang penting dan mudah untuk dibawa setiap hari.

PROSEDUR BENGKEL
Bengkel yang diadakan mengikuti beberapa langkah seperti berikut:-
1. Pada mulanya para perserta mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pembengkel melalui slide-slide yang ditayangkan.

2. Para peserta bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk perbincangan bagi aktiviti yang disediakan iaitu menyediakan permainan .

3. Setiap kumpulan akan menyampai dan menerangkan hasil perbincangan dengan para peserta yang lain.

ISI BENGKEL
Disamping itu juga diantara isi bengkel yang disampaikan ialah:-
Kamus merupakan sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru.
Kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadangkala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.(appendix 2)
• Mengajar ( & “illiterate”)
• Membaca dan membagi skil rujukan permulaan
• Mampu menyediakan erti perkataan yang sukar/susah
• Dengan pemilihan senarai “headword”
- gred “vocabularies” (daftar perkataan)
• Tingkat bahasa
• Merekabentuk – ilustrasi
• Memajukan skil kamus – cepat & mudah mencari
• Sebagai Maklumat umum bagi penggunaan:
“usage” “grammar” “pronunciation” “origin of that particular word”
Sebagai bahan merujuk :
“appendices” “introductions” “complicated cross-referencing systems”

CADANGAN
Bahagian Professional Jabatan Sekolah-Sekolah,Belait mencadangkan agar para peserta bengkel akan mengadakan lawatan ke Perpustakaan yang lebih besar seperti UBD,Dewan bahasa dan Pustaka Berakas, JIS dan seumpamanya dalam masa terdekat ini.
Selain itu para peserta bengkel juga akan diarahkan untuk mengaplikasi hasil bengkel dengan membawa murid-murid masing-masing ke Perpustakaan berdekatan.
Pemantauan seterusnya akan dikendalikan oleh bahagian ini agar bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dengan sebaik mungkin.
PENUTUP
Selain mengunakan kamus secara manual para peserta bengkel juga didedahkan dengan penggunaan Ekamus melalui internet serta dibekal dengan laman-laman web yang bersesuaian sebagai bahan rujukan.
Bengkel sehari suntuk tersebut berakhir dengan penyampaian sijil kepada para peserta oleh Yang Mulia Awang Sahari bin Hj. Nasar Pegawai Perpustakaan wakil Dewan bahasa dan Pustaka ,Brunei dan penyampaian cendera hati kepada pembengkel oleh Yang Mulia Cikgu Johari bin Datu Maharaja Setia Dian ,Penyelia Kanan Daerah,Jabatan Sekolah-Sekolah Belait.
Penghargaan terima kasih kepada pegawai-pegawai perpustakaan Belait dan para Ahli Jawatan Kuasa Bengkel (appendix 3) yang bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel berkenaan adalah sangat dihargai dan semoga ianya diberkati oleh Allah jua. Amin.
Disediakan oleh:
Jabatan Sekolah-Sekolah,Belait
PP/PDP 1